Cara Memperbaiki Failed for Logon User – Window 7

Hari ini terkena errornya  “The User Profile Service failed the logon. User profile cannot be loaded”. Ini bukan pertama kali kena tetapi dah banyak kali kena. Selalunya hanya buat “repair windows” sahaja tapi kali ini tak boleh pula. Nak FORMAT sayang maklumat yang ada. Bila dicuba tak boleh juga, apa lagi kena tanya pak google. Mulalah membuka laptop satu lagi. hari carian jumpa satu kaedah untuk menyelesaikan masalah ayongzul. Rupanya ramai juga yang kena masalah ni. Ini mungkin terjadi disebabkan oleh file yang korup atau terkena virus. Hasil dari bacaan satu blog ni, ada dua cara untuk memperbaikinya
  1. Menggunakan “Repair Your Computer” seperti yang ayongzul guna sebelum ini.
  2. Menggunakan “Registry Editor”, ini kaedah manual. Ayongzul akan terangkan
Kaedah Kedua:
  1. Restart Windows dan tekan F8 untuk masuk ke Safe Mode.
  2. Ketika berada di safe mode kita masih boleh login, masukan password seperti biasa.
  3. Kemudian klik pada start menu, search, buka ke registry editor, klik pada regedit – enter untuk membuka program Registry Editor.
  4. Setelah masuk ke Registry Editor, cari folder HKEY_LOCAL_MACHINE >> SOFTWARE >>Microsoft >> Windows NT >> CurrentVersion >> ProfileList.
  5. Anda akan nampak ada dua folder yang dengan nama berawalan S-1-5 (SID key) diikuti dengan nombor panjang. Namun kedua-duanya hanya berbeza extention sahaja, yang satu berakhiran .bak dan yang satu lagi tidak berakhiran .bak.
  6. Kemudian klik kanan dan pilih rename pada folder tanpa .bak, tambahi akhiran .bk pada folder tersebut.
  7. Kemudian lakukan cara yang sama untuk folder yang berakhir dengan extention .BAK dengan cara menghilangkan extention tersebut.
  8. Pilih folder tanpa .bk, pada panel sebelah kanan double klik RefCount dan ketik 0 (baca angka nol)  pada value data kemudian klik OK.8
  9. Pada folder tanpa extention .bk, pada panel sebelah kanan double klik State dan ketik 0 (baca angka nol)  pada value data kemudian klik OK.99b
  10. Setelah selesai, silakan close program Registry Editor dan restart sistem computer anda. Lalu silakan login seperti biasanya.
  SUMBER: gambar dari norma.web.id

Leave A Comment